Tiada manusia yang jalan hidupnya tiada liku.

 Masa kita masih di bangku sekolah rendah. Kita nak sangat habis sekolah cepat supaya boleh ke sekolah menengah dan akan dapat kawan yang lagi ramai kan. Bila dah darjah 6, masa ni lah kita mula dah berpikir nak sambung sekolah mana 1 kan. 

Bila dah sekolah menengah masa ni lah kita mula buat perangai kan. Pandai dah bertekak dengan mak, adik beradik, kawan-kawan sekelas. 

Masa ni lah mula banyak karenah kan. Nak pakai fesyen baju macam tu lah, macam ini lah. 
Macam-macam kehendak dan sampai 1 ketika, mulalah minta kebenaran mak ayah nak buat kerja part time macam kawan-kawan lain sebab nak beli itu, ini kan. Banyak sangat kemahuan dan keinginaan kan. 

Kita semua pernah merasai masa ni kan. Bila dah umur meningkat mulalah terimbau kembali kenangan zaman-zaman sekolah menengah kan. 

Siapa pernah ikut sukan sekolah. Wakil sekolah, wakil daerah, wakil bahagian dan wakil negeri. Best sangat kan. Saya sangat aktif ikut sukan sekolah dari tingkatan 1 sampailah habis SPM. Sukan merentas desa, setiap tahun ikut dan setiap tahun dapat nombor 1 untuk kategori yang saya ikut. 

Best sangat Tuhan sahaja yang tahu. Marathon pun saya ikut. Semua categori marathon jarak jauh. 
1500 meter, 8000 meter, 800 meter, 400 meter, 4 x 400 meter, 4 x 200 meter, 4 x 100 meter dan 8000 meter jalan kaki. Dari tingkatan 4 tiap tahun dapat gelaran olaragawati sekolah dan daerah. 
Kenapa saya rasa best sangat masa ni, adalah kerana tidak pernah ibubapa saya tidak datang untuk menyokong selagi pertandingan ini di dalam daerah saya. 

Kenangan yang tidak pernah akan saya dapat lupakan adalah semasa 100 meter sebelum ke garisan penamat saya akan nampak di tepi padang bapa atau mama saya akan ada sana bersorak tidak berhenti sampai lah saya tamatkan larian. Ditambah lagi apabila masa diumumkan siapa pemenang. Kalau masa itu saya sedikit dewasa dan berani saya ingin sangat bawa bapa dan mama saya naik pentas ambik sijil dan hadiah. Ini disebabkan, kerana mereka berdualah saya yang seorang penghidap penyakit asthma berjaya menjadi atlet marathon pada ketika itu. 

Bila ada kawan-kawan atau atlet-atlet baru bertanya macam mana saya boleh bernafas seperti nafas kuda untuk setiap acara yang saya sertai. 1 jawapan yang memang sesuai  saya berikan adalah semua ini disebabkan kedua ibubapa saya. Mama saya selalu rebus telur ayam separuh masak untuk saya makan, dan mereka berdua dan 9 lagi adik beradik saya selalu tolongkan carikan saya ubat kampung untuk diminum setiap hari untuk sembuhkan saya daripada penyakit asthma masa umur saya 12 hingga 14 tahun kalau tidak silap perkiraan saya. 

Sejak asthma saya sembuh. Saya selalu ikut ibubapa saya pergi menoreh getah di kebun getah kami yang terletak di kawasan Banjaran Crooker di kawasan bukit bukau. 

Masa ini ayah saya cuma ada motosikal yang mereka pakai untuk pergi kesana kesini menoreh getah. Masa naik bukit saya selalunya akan turun dari motor dan lari kejar mereka disebabkan bukit yang tinggi dan tidak sesuai membonceng 3 orang. Dan ini adalah antara salah 1 sebab kenapa saya boleh menyertai sukan merentas desa. Sebab dengan berlari mengejar motosikal ayah saya, secara automatik saya sudah melatih diri untuk berlari jarak jauh. Ibubapa saya bukan mendesak tapi apabila setiap kali kami datang ke kebun ini sudah menjadi habit saya untuk turun dan mengejar mereka. 

Saya adalah anak kampung dan dari kawasan pendalaman jadi sekolah rendah saya dan sekolah menengah kami adalah jauh. 

Semasa sekolah rendah pun kami adik beradik dan kawan-kawan sekampung selalu berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Bnagun dalam pukul 4.30am dan bersiap ke sekolah dan sampai di sekolah dalam pukul 6 pagi dengan berjalan kaki sahaja sebab pada masa ini belum ada lagi bas sekolah di kawasan kampung kami. Untuk sampai ke sekolah kami akan merentasi 2 lagi kampung lain. 

Memang bukan mudah tapi sampai ke hari ini kebanyakkannya anak-anak muda di kampung kami semuanya boleh dikatakan berkerjaya. Jadi tidak sia-sia titik peluh setiap ibubapa kan. 

Moral of the story. 

Kehidupan yang serba kekurangan bukan penyebab untuk kita anak-anak kampung mencapai kehidupan yang lebih bagus. 

#19052021
#10.37pm

Comments

Popular posts from this blog

My 34 Birthday celebrations! #MUET preparations - Writing

Kesan daripada PKP untuk peniaga kecik macam saya