Kesan daripada PKP untuk peniaga kecik macam saya
20-05-2021 Thursday
Semalam 19-05-2021 kes Covid-19 di Malaysia adalah 6075. Yang terabanyak sejak PKP 3.0 (MCO3.0).
Bukan mengejutkan sebab bagi pandangan saya, sebab banyak yang tak ikut SOP. Berjalan ke sana ke sini, bersalaman, berpelukan berkumpul di beramai-ramai dan banyak lagi lah.
Sejak PKP 1 lagi saya dah seram sejuk badan bila dengar pasal covid-19. Tapi still ramai masyarkat kita yang ambil muda benda ni. Ada yang ok lah saya sihat mana ada demam atau batuk-batuk. Pegilah melawat jiran sebelah atau saudara saudari yang tinggal satu negeri. Tup2 positive.
Degil dan ego tu kena bertempat kawan-kawan. Tak pe berkurung dalam rumah macam saya yang penting jangan menjadi penyebab orang lain terjangkit hanya disebabkan awak tak tau yang awak sebenarnya adalah pembawa cumanya tak ada symptom.
Keluar rumah bila perlu sahaja.
Macam saya sejak PKP 1.0 lagi financial dah kelaut tapi nak buat macam mana kena sabar dan tabah. Yang penting dapur masih berasap orang tua-tua cakap.
Kedai saya semua dah tutup tahun lalu October 2020 disebabkan sewa kedai yang tak turun dan still diwajibkan buka masa bulan May 2020 tapi buka pun bukan ada business sebab orang tak keluar shopping semua nak save duit sebab keadaan yang tak menentu. Dalam 8 bulan juga lah, bayar sewa kedai dari duit poket sendiri. Tak ada pilihan sebab kontrak sewa masih hidup.
Sejak tutup kedai saya berjual online sahaja. Pendapatan tak yah cakap memang terumbang ambing. Tapi nak buat macam mana kalau kedai masih ada pun tak ada guna sebab business tak ada. Jadi lebih bagus bayar sewa rumah sahaja dan berjual online tak ada sewa. Tapi hati memang kena kuat.
Pelanggan-pelanggan yang memborong dengan kita sebelum Covid-19 dalam 60% mereka tak mampu bayar balik dan ada yang masih boleh pulang balik barang ada yang barang pun dah habis tapi tak mampu bayar dan ada yang terus lesap tidak dapat dihubungi. COBAAN macam ni Tuhan je yang tau.
Ditambah pula dengan stock baju kelawar yang saya order sebelum PKP 1.0 landed masa bulan 5 tahun lalu. Rumah jadi penuh dengan products hahahaha.... Nasiblah saya dan suami tak ada rezeki anak lagi kalau tak kesian anak-anak tak ada ruang nak bermain.
Bila Ramadhan tiba tahun ni 2021 banyak pelanggan booking untuk memborong baju2 kelawar tapi last minute cancel sebab kerajaan kata tak boleh buka bazaar.
Peniaga-peniaga kecil macam saya ni memang rasa sesak sanagt nak bernafas sejak-sejak PKP. Memang kerajaan ada bagi bantuan, saya berterima kasih sangat. Tapi memang tak mencukupi. memang kena usaha cari pendapatan lain juga.
#03.12pm
Comments
Post a Comment